Tanah Lot Bukan Penipuan

Ramai orang nampak artikel tentang maklum balas yang negatif. Jangan risau. Di sini kita akan menjelaskan macam mana tanah lot di sini adalah mematuhi undang-undang hartanah.

Disini kami ingin memberitahu anda bahawa tanah lot yang dijual di syarikat kami adalah tanah geran bersama ataupun geran individu bukannya geran berkongsi dan tiada masalah untuk masalah yang dikatakan seperti di bawah:
                                            
1. Nama tiada dalam geran
Banyak orang mengatakan bahawa tanah lot adalah kes penipuan, fakta yang utama sekali adalah disebabkan nama pembeli tidak masuk geran. Ya betul jika untuk tanah lot geran berkongsi sahaja
Ini adalah kerana kongsi geran yang cuma ada satu nama dalam geran manakala bagi orang lain, mereka cuma hanya dapat Surat Cara Amanah bagi membuktikan dia juga merupakan salah seorang pemilik tanah tersebut. Tetapi bagi tanah lot yang bergeran Individu atau geran bersama, setiap nama pembeli akan dimasukkan ke dalam geran.
Selain itu, geran kongsi sekarang sudah tidak mendapat kelulusan daripada pihak pejabat tanah sejak akhir tahun 2018. Ini bermakna tanah lot geran bersama tidak lagi menjadi isu untuk dibimbangkan.

2. Sukar untuk berjual beli
Banyak orang berpendapat bahawa sukar untuk berurus niaga jual beli. Ini adalah disebabkan penjual tanah yang bergeran kongsi, tidak mempunyai nama dalam geran. Prosedur akan menjadi rumit untuk membuktikan penjual merupakan pemilik yang sah.  Manakala anda untuk menjual tanah lot geran bersama kerana nama anda ada didalam geran untuk membuktikan bahawa tanah tersebut memang milik anda.

3. Kesalahan langgar syarat tanah
Tanah pertanian dan perkilangan tidak boleh mendirikan bangunan kediaman melainkan Majlis Daerah membenarkan. Jika tidak, anda perlu menukar tanah status pertanian kepada tanah pembinaan
Tetapi syarat utama untuk medapatkan geran bersama, pertukaran tanah pertanian kepada tanah kediaman adalah wajib.
                                                           
4. Tiada pampasan jika ada pengambilan
Tidak kira tanah pegangan bebas atau pun sementara, kerajaan adalah berhak untuk mengambil tanah tersebut pada bila-bila masa untuk kegunaan tertentu seperti pembangunan sesuatu kawasan
Tanah pegangan bebas akan mendapat bayaran pampasan jika kerajaan mahu mengambil balik tanah tersebut. Pegangan sementara juga dapat pampasan jika tempoh pemilikan itu tidak lebih dari 99 tahun jangka masa pajakan. Selepas 99 tahun, pemilik tidak akan diberikan sebarang pampasan, melainkan anda membayar sejumlah premium di Pejabat Tanah untuk melanjutkan tempoh pajakan
Pampasan tersebut hanya akan diberikan berdasarkan pemilik tanah yang mempunyai nama dalam geran. Ini bermaksud geran berkongsi hanya seorang sahaja yang mendapat pampasan, manakala tanah bersama tetap akan mendapat pampasan.

5. Tanah tidak boleh diwariskan jika ada kematian
Tanah boleh diwariskan jika ada nama pembeli di dalam geran tersebut, jika anda membeli geran berkongsi dan tiada nama anda dalam geran, pemilik tanah menukarkan nama di Surat Perjanjian Jual Dan Beli dan Surat Cara Amanah. Proses ini perlu melantilk peguam perguam sendiri yang berpengalaman untuk menguruskan.

6. Pemegang amanah meninggal dunia
Apabila pemegang amanah meninggal dunia, mereka perlu melantik pemegang amanah baru dikalangan waris penjual ataupun dikalangan pemilik-pemilik tanah lot yang lain. Setelah selesai sahaja melantik pemegang amanah baru, peguam akan pergi ke Pejabat Tanah untuk membuat Surat Cara Amanah yang baharu. Ini proses ini hanya berlaku dikalangan pemilik geran kongsi sahaja.

Kesimpulan
Segala khabar angin keburukan / penipuan tanah lot adalah berpunca daripada geran berkongsi yang nama pemilik tidak masuk dalam geran. Jika anda membeli tanah lot geran bersama atau geran individu, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah yang perlu dibimbangkan.


 

26 Jul 2024